Minggu, 09 Mei 2010

Gelisah (murung) dan seumpamanya adalah penyakit yang dapat membunuh secara senyap. Walaupun tidak kelihatan tetapi amat menakutkan setiap insan kerana penyakit ini akan menyebabkan terbantutnya aktiviti dan seterusnya mengganggu kekhusyukkan dalam beribadah kepada Allah s.w.t.

Kemurungan (sayu) adalah sejenis penyakit biologikal (jiwa hayat) yang dihidapi seseorang. Ianya akan memberi kesan terhadap pemikiran (mental), anggota badan (fizikal) dan perasaan (rohani) keatas penghidapnya. Penyakit kegelisahan ini tidak pernah memilih samada orang itu kaya atau miskin, samada kanak-kanak ataupun orang dewasa, samada orang bodoh ataupun cendikiawan. Ini bermakna, penyakit ini boleh datang kepada sesiapa sahaja tanpa memilih usia, tempat dan juga darjat anda.

Gelisah, murung dan sayu merupakan asam garam dalam kehidupan mereka yang bergelar insan. Ini bermakna setiap manusia tidak akan terlepas daripada penyakit ini. Ini kerana gelisah merupakan sifat semulajadi manusia yang boleh dan kerap menimbulkan bencana serta malapetaka. Namun seandainya dapat mengawal diri dan emosi daripada pelbagai tekanan hidup, Insya Allah penyakit seperti ini tidak akan dapat mengawal emosi serta tindaktanduk seseorang manusia itu sendiri. Malahan, Islam juga mencegah daripada kegelisahan yang melampaui batas.

Buku ini mengandungi petunjuk dan panduan dalam mengatasi perasaan gelisah, murung dan seumpamanya dan mengemukakan beberapa amalan untuk mengurangkan perasaan yang bersumber daripada ketegangan fikiran. Semoga para pembaca memperolehi manfaat yang sewajarnya setelah membaca buku ini. In

membantu masalah anda dalam kehidupan sehari-hari